Sunday, 2 July 2017

NIKAH DI THAILAND BERSAMA ABU NU'MAN AGENCY 2017



Sila berhubung terus dengan http://nikahthailandtermurah.blogspot.my/

NIKAH DI THAILAND BERSAMA ABU NU'MAN AGENCY


Haji Arief di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS)



PERNIKAHAN DI THAILAND 
***Kami bersedia menguruskan pernikahan anda di Thailand dan membantu menyelesaikan urusan pendaftaran pernikahan anda di Malaysia dalam tempoh kurang dari 6 bulan***
***Keselesaan Dan Kepuasan Perjalanan Anda Jaminan Kami***  

 

MENGAPA PILIH KAMI? 

Kami menawarkan pakej nikah di Thailand yang sah dan diiktiraf pada harga terendah.  
Kami menyediakan hadiah perkahwinan secara percuma bagi meraikan pasangan yang telah selamat bernikah.
Tiada deposit atau kos tersembunyi
Kami mengutamakan keselesaan pelanggan kami.
Pakej nikah di Thailand yang kami tawarkan adalah sah 100% mengikut hukum syar'ie.
Pakej nikah di Thailand yang kami tawarkan diiktiraf JAKIM dan kerajaan Malaysia.

TAWARAN PAKEJ PERNIKAHAN DI THAILAND 2017

Terdapat 4 pakej utama untuk pernikahan di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) yang kami tawarkan bagi tahun 2017:  

PERTAMA: PAKEJ 1 HARI (RM 1500)

(Pakej Nikah Di MAIS + Hadiah Perkahwinan) 



KEDUA: PAKEJ 1 HARI (RM 1600)

(Pakej Nikah Di MAIS + Hadiah Perkahwian + Privasi)

***Pasangan boleh memilih mana-mana trip yang disenaraikan di bawah untuk pakej 1 hari.
Trip 1: Isnin
Trip 2: Selasa
Trip 3: Rabu
Trip 4: Khamis
Trip 5: Sabtu
Trip 6: Ahad
JADUAL PERJALANAN: 
7.00 pagi: Bertolak dari Imigresen Bukit Kayu Hitam
9.00 pagi: Tiba di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) untuk majlis akad nikah
10.00 pagi: Majlis akad nikah berlangsung berserta rakaman foto dan video. 
(Pastikan pasangan mendapat sijil nikah sebelum bertolak pulang)
12.00 tengah hari: Makan tengah hari
12.30 tengah hari: Bertolak pulang ke Malaysia
2.00 petang: Tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam
NOTA!
Semua bayaran (bayaran kepada Majlis Agama Islam Songkhla, bayaran kepada imam jurunikah, bayaran kepada 2 orang saksi, bayaran fotostat semua dokumen), pengangkutan, penginapan untuk persalinan di hotel, dan makan tengah hari, adalah termasuk di dalam pakej nikah 1 hari. Khidmat rakaman foto dan video akad nikah adalah percuma. Pasangan hanya perlu menyediakan wang mas kahwin dan wang untuk berbelanja keperluan sendiri sahaja.
KETIGA: PAKEJ 2 HARI 1 MALAM (RM 1800)

(Pakej Nikah Di MAIS + Pengesahan Dokumen di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla + Hadiah Perkahwinan)



KEEMPAT: PAKEJ 2 HARI 1 MALAM (RM 1900)

(Pakej Nikah Di MAIS + Pengesahan Dokumen di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla + Hadiah Perkahwinan + Privasi)


***Pasangan boleh memilih mana-mana trip yang disenaraikan di bawah untuk pakej 2 hari 1 malam.
Trip 1: Isnin dan Selasa
Trip 2: Selasa dan Rabu
Trip 3: Rabu dan Khamis
Trip 4: Khamis dan Jumaat
JADUAL PERJALANAN:
Hari Pertama:
7.00 pagi: Bertolak dari Imigresen Bukit Kayu Hitam
9.00 pagi: Tiba di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS)
10.00 pagi: Majlis akad nikah berlangsung berserta rakaman foto dan video
11.00 pagi: Urusan penyerahan semua dokumen dan sijil nikah di Pejabat Konsulat Malaysia untuk pengesahan
12.00 tengah hari: Makan tengah hari
1.00 petang: Check in hotel di Bandar Hatyai/Songkhla.
Hari Kedua:
12.00 tengah hari: Check out hotel
12.30 tengah hari: Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla
2.00 petang: Urusan kutipan dokumen dan sijil nikah di Pejabat Konsulat Malaysia setelah mendapat pengesahan. 
(Pastikan semua dokumen lengkap dan telah disahkan sebelum bertolak pulang)
3.30 petang: Bertolak pulang ke Malaysia
5.00 petang: Tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam
NOTA!
Semua bayaran (bayaran kepada Majlis Agama Islam Songkhla, bayaran kepada imam jurunikah, bayaran kepada 2 orang saksi, bayaran kepada Pejabat Konsulat Malaysia, bayaran fotostat semua dokumen), pengangkutan, penginapan di hotel di Songkhla, dan makan tengah hari, adalah termasuk di dalam pakej 2 hari 1 malam. Khidmat rakaman foto dan video akad nikah adalah percuma. Pasangan hanya perlu menyediakan wang mas kahwin dan wang untuk berbelanja keperluan sendiri sahaja.



Hubungi Kami di Talian: 0146773082


DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA:

1. Kad Pengenalan
2. Passport Antarabangsa atau Pas Sempadan
3. Surat Cerai Asal (bagi janda sahaja)
4. Surat Akuan Memeluk Islam (bagi muallaf sahaja)
5. Surat izin wali (sekiranya ada)


NOTA PENTING:

1. Pasangan lelaki atau perempuan yang berumur bawah 18 tahun mesti hadir bersama ibu/bapa bagi mendapatkan pengesahan dokumen di Pejabat Konsulat Malaysia.
2. Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan.
3. Bagi janda, pastikan tempoh ‘iddah telah tamat. MAIS menetapkan tempoh ‘iddah bagi perempuan yang bercerai adalah 3 bulan 10 hari, bukan 3 kali suci. Sebaik-baiknya tunggu untuk tempoh yang lebih panjang daripada itu.


NOTA TAMBAHAN:

1. Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh rakyat Perlis, Kedah, Kelantan, dan tiga daerah di Utara Perak. Rakyat lain di Perak dan negeri-negeri lain perlu menggunakan pasport antarabangsa.
2. Warganegara asing pemegang permit kerja di Malaysia boleh bernikah di Thailand, tetapi tidak layak memohon surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Dalam kes begini, mereka sebaiknya menunggu sehingga permit kerja tamat tempoh dan menggunakan visa pelawat sahaja.
3. Bagi polis dan tentera, sebaik-baiknya dapatkan kebenaran bertulis dari jabatan masing-masing terlebih dahulu. Konsulat Malaysia tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah selepas nikah di Thailand bagi polis dan tentera.
4. Bagi warganegara asing (bukan ASEAN), semak daripada Kedutaan Thailand, sama ada mereka perlu mendapatkan visa  sebelum memasuki Thailand. Ini bagi mengelakkan sekatan atau masalah lain semasa memasuki Thailand.


PERINGATAN:

1. Semua bayaran perlu dibuat setelah tiba di Majlis Agama Islam Songkhla sebelum majlis akad nikah berlangsung.
2. Pasangan yang membawa kenderaan sendiri atau menaiki bas perlu tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam sebelum pukul 7.00 pagi bagi melancarkan urusan perjalanan terus ke Songkhla. Kenderaan yang dibawa boleh diparkir di Kompleks Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam.
3. Pasangan akan dibawa dan diuruskan oleh pihak kami sendiri dari Imigresen Bukit Kayu Hitam ke Songkhla sehingga selesai semua urusan.
4. Semua foto dan video adalah hak milik peribadi pasangan dan tidak akan disebarkan di dalam mana-mana media atau laman social.


7 DOKUMEN PENTING YANG PERLU DIBAWA PULANG:

1. Surat pengesahan Konsulat Malaysia
2. Sijil nikah (disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
3. Surat pengesahan MAIS (disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
4. Salinan kad pengenalan suami dan isteri (disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
5. Salinan passport suami dan isteri (disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
6. Gambar nikah pasangan suami dan isteri bersama 3 imam bertauliah (disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
7. Resit rasmi bayaran kepada Pejabat Konsulat Malaysia
*** Kami akan pastikan 7 dokumen di atas berada di dalam genggaman anda sebelum pulang ke Malaysia bagi melancarkan proses pendaftaran pernikahan anda di Malaysia.

No comments:

Post a Comment