Monday, 7 November 2016
Apakah Kos-kos yang terlibat bagi permohonan pengesahan nikah di lakukan?
diambil dari penulisan group lain. bermanfaat.
tkasih kepada yang menulis ini.
Pernikahan Luar negara atau Kahwin lari ke luar negara bukanlah satu isu baru di Malaysia, terdapat ramai diantara warga negara ini yang telah melakukan pernikahan di negara-negara luar khususnya yang paling terkenal adalah Negara Thailand dan Indonesia. Kebanyakkan perkahwinan ini adalah rentetan daripada halangan-halangan yang berlaku kepada pasangan ini, kebiasaannya terdapat bantahan untuk berkahwin daripada keluarga pasangan samaada lelaki atau perempuan, selain itu terdapat juga kes-kes yang melibatkan pasangan yang mahu berpoligami tetapi tidak mendapat kebenaran daripada isteri yang pertama. disini kami ingin membongkar isu-isu yang yang timbul berikutan permasalahan setelah perkahwinan luar negara berlaku. Sebelum kita pergi lebih lanjut dalam mengupas isu ini mari kita memahami terdapat dua Kesalahan yang sering dilakukan iaitu.
1. Perkahwinan Luar Negara yang tidak mendapat kebenaran Pendaftar Nikah.
2. Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah.
Rujukan daripada: Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005
Perkara : Perkahwinan yang tidak boleh di daftarkan.
12. (1) Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan enakmen ini tidak boleh di daftarkan di bawah enakmen ini.
(2) Walau apapun Subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan Subseksyen 40(2), Sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syarak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah dari mahkamah.
Kebiasaannya Pesalah yang melakukan perlanggaran peraturan perkahwinan ini tidak sedar akan kesan daripada tindakan yang diambil. Kerana terlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu semata-mata tanpa memikirkan implikasi yang buruk akan timbul belakang hari. Diantara kesan jangka panjang yang akan timbul adalah akan menyukarkan untuk mendapat Sijil Kelahiran anak-anak. Disini, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memastikan status perkahwinan yang sah (undang-undang setelah tahun 2006).
Kesan-kesan langsung daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan ini, kita dapati jika berlaku kematian suami, pembahagian Harta Pusaka(Faraid) si suami, Harta Sepencarian, Pencen, KWSP dan sebagainya tidak layak diwarisi oleh Isteri yang tidak didaftarkan dan Anak-anak mereka. Ini adalah kerana Status perkahwinan ( Isteri dan Anak bagi Si mati ) masih diragui. Kesan tak langsung hubungan kekeluargaan akan menjadi semakin renggang dan kacau bilau.
Apa Yang Harus Dilakukan Jika Telah Melakukan Perkahwinan Luar Negara yang tidak mendapat kebenaran Pendaftar Nikah?
* Pihak-pihak yang terlibat (Suami dan Isteri) harus membuat Permohonan Pengesahan Perkahwinan di mana-mana Mahkamah Tinggi Syariah, Samaada melalui Peguam atau diri sendiri.
* Pihak Mahkamah akan menghantar Laporan Perintah Pengesahan Nikah ke Unit Pendakwaan Negeri untuk mendakwa pihak-pihak bagi kesalahan yang di lakukan.
* Pihak-pihak akan diberikan tarikh untuk sebutan dan perbicaaraan.
* Semasa Prosiding perbicaraan berlangsung pihak-pihak (Suami, Isteri, Bakal Isteri, Wali) wajib hadir.
* pihak-pihak harus membuat pengakuan yang mana ada berlangsungnya perkahwinan seperti di dalam Permohonan
* Setelah Hakim Syarie meneliti pengakuan serta dokumen dan berpuashati barulah Hakim Syarie meluluskan dan memerintahkan pihak-pihak untuk mendaftar pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.
* Perintah akan disediakan oleh mahkamah jika pihak-pihak tidak melantik peguam.
* Perintah akan disediakan oleh peguam jika pihak-pihak menggunakan khidmat peguam syarie.
* Setelah perintah diluluskan dan di meterai oleh mahkamah barulah pihak-pihak boleh membuat pendaftaran di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan menggunakan perintah yang di keluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.
* Adalah digalakkan pihak-pihak melantik atau menggunakan khidmat peguam syarie bagi memudahkan proses permohonan pengesahan nikah.
Masalah-masalah yang sering timbul Semasa membuat permohonan pengesahan nikah luar negera
* Tidak mendapatkan kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat seperti ketidak hadiran Isteri atau Wali.
* Pihak-pihak tidak dapat di kesan ( wali meninggal dunia, wali tidak dapat di kesan).
* Dokumen tidak lengkap.
* Lambat membuat permohonan pengesahan nikah, berkahwinan menjangkau 5 tahun baru membuat permohonan.
* Masalah jika berlakunya penceraian atau pihak-pihak mahu berkahwin lain.
* Dokumen Perkahwinan yang tidak sah.
Apakah Kos-kos yang terlibat bagi permohonan pengesahan nikah di lakukan?
kos-kos yang terlibat dalam menyelesaikan permohonan pengesahan nikah luar negara ini adalah meliputi urusan guaman dan urusan mahkamah bagi urusan guaman.
1. Bagi permohonan yang tidak menggunakan khidmat Peguam Syarie.
* Permohonan : RM 40.00
* Afidavit : RM 3.00
* Perintah : RM 20.00
* Saman : RM 30.00
* Dokumen : RM 1.00 setiap satu salinan
2. Bagi permohonan yang menggunakan khidmat Peguam Syarie.
* Kos Guaman ( Bergantung kepada budi bicara Peguam Syarie)
* Wakalah : RM 10.00
* Permohonan : RM 40.00
* Afidavit : RM 3.00
* Perintah : RM 50.00
* Saman : RM 30.00
* Dokumen : RM 1.00 setiap satu salinan
Adakah Kes ini boleh dikendalikan oleh Biro Bantuan Guaman?
Tidak. kes ini tidak akan diambil oleh Biro Bantuan Guaman kerana ia luar bidang kuasa Biro Bantuan Guaman.
Thursday, 6 October 2016
PENGESAHAN NIKAH VS PENDAFTARAN NIKAH THAILAND
Apa yang perlu dilakukan selepas selesai Nikah di Thailand?
Pernikahan anda sudah sah.
Terpulang kepada anda untuk berurusan dengan mahkamah
Malaysia atau tidak.
Anda perlu tahu, mendapatkan Pengesahan nikah anda yg
telah berlaku di Thailand dan Pendaftaran untuk pendaftaran
nikah dengan Pejabat Agama Daerah anda adalah urusan yg berbeza.
Jangan KELIRU. Pendaftaran dan Pengesahan adalah dua
urusan yang berbeza. Tak mesti anda lakukan keduanya. Anda boleh buat
Pengesahan sahaja. Tapi untuk buat Pendaftaran, anda mesti buat Pengesahan
dahulu. Boleh ke jika hanya mahu Pengesahan sahaja dahulu? Ya, boleh.
PENGESAHAN NIKAH anda mohon di Mahkamah Syariah.
Mahkamah yg mana? Mahkamah Syariah berhampiran anda. Jika
nikah Thailand anda bujang, berurusan di Mahkamah Rendah Syariah. Jika anda
berpoligami, berurusan di Mahkamah Tinggi Syariah.
Adakah anda akan didenda dlm
urusan Pengesahan ini? TIDAK. Anda tidak akan didenda apa2. Cuma perlu buat
bayaran proses mahkamah..bayaran affidavit..bayaran surat sokongan Jabatan
Agama..bayaran eksibit.
Diakhir Pengesahan Nikah, anda akan diberi Penghakiman oleh
mahkamah. Penghakiman tu dinyatakan dalam dokumen bernama MS28.
Penghakiman tu adalah dokumen sah yang diiktiraf digunapakai di mana2pun, yang
mengesahkan Pernikahan anda dari sudut undan-undang syariah Malaysia.
PENDAFTARAN NIKAH anda mohon di Pejabat Agama Daerah.
Setelah anda dapat pengesahan nikah dari Mahkamah Syariah,
baru lah anda pergi ke Pejabat Agama untuk Pendaftaran. Adakah anda akan didenda
dlm urusan Pendaftaran ini? Ya. Anda akan didenda.
Pertuduhan akan dikenakan
kepada anda. Munkin lebih dari satu pertuduhan. Setiap pertuduhan ada denda
tersendiri. Selepas bayar denda baru lah nikah tersebut didaftarkan di Pejabat
Agama Daerah.
**terdapat juga kes Nikah thailand bujang, boleh terus ke
Pejabat Agama. Tidak melalui Mahkamah, tidak didenda pun. Setiap negeri tak
sama prosedur. Mungkin setiap daerah pun tak sama.
Apa yang perlu dilakukan selepas selesai Nikah di
Thailand? Sebaiknya anda ke Mahkamah untuk Pengesahan. Jangan risau, anda tidak
akan didenda untuk urusan Pengesahan ini.
Saya akan perincikan lagi dalam posting yang akan datang.
Insya-Allah.
7/10/2016
Tuesday, 23 August 2016
Dokumen yang perlu di bawa untuk menikah di Thailand
Dokumen yang perlu di bawa :
1. Kad Pengenalan (I/C)
2. Passport Antarabangsa atau Pas Sempadan
3. Surat Cerai Asal (bagi janda sahaja)
4. Surat Akuan Memeluk Islam (bagi muallaf sahaja)
Tuesday, 28 June 2016
Assalam.
Penulisan mengenai nikah poligami luar negara tanpa kebenaran sering menyatakan hukuman denda
1. Tanpa kebenaran RM1000x2
2. Poligami tanpa kebenaran RM1000
3. Daftar selpas 6 bulan RM1000
walhal sebenarnya itu cuma peruntukan undang2.
realiti nya pengalaman rakan2 yg pernah lalui, didenda cuma RM600-900 shj utk semua kesalahan. dan bukannya sampai RM4000.
Rakan.
Penulisan mengenai nikah poligami luar negara tanpa kebenaran sering menyatakan hukuman denda
1. Tanpa kebenaran RM1000x2
2. Poligami tanpa kebenaran RM1000
3. Daftar selpas 6 bulan RM1000
walhal sebenarnya itu cuma peruntukan undang2.
realiti nya pengalaman rakan2 yg pernah lalui, didenda cuma RM600-900 shj utk semua kesalahan. dan bukannya sampai RM4000.
Rakan.
Tuesday, 19 April 2016
sumber: http://www.nikahsiam-kahwinthailand.com/2015/07/pakej-nikah-di-thailand-2015-julai.html
SILA RUJUK: http://www.nikahsiam-kahwinthailand.com
Ini adalah maklumat semasa. maklumat terkini hendaklah merujuk kepada ejen berkenaan. tkasih
Jumaat, 1 April 2016
Pakej 2 Hari 1 Malam (Rm1,800)
(Pakej Nikah di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla + Pengesahan Dokumen di Pejabat Konsul/ Kedutaan Malaysia di Songkhla)
Trip 1: Isnin - Selasa
Trip 2: Selasa - Rabu
Trip 3: Rabu - Khamis
Trip 4: Khamis - Jumaat
Tentatif:
Hari Pertama
7.30 pagi: Bertolak dari Imigresen Bukit Kayu Hitam
10.00 pagi: Tiba di Majlis Agama Islam Songkhla
11.00 pagi: Majlis akad nikah
12.00 tengah hari: Urusan pengesahan dokumen di Pejabat Konsul
1.00 tengah hari: Makan tengah hari
2.00 petang: Check in di Pusat Bandar Hatyai (hotel bertaraf 4 bintang). Aktiviti bebas.
Hari Kedua
1.00 tengah hari: Check out hotel.
2.00 petang: Urusan pengesahan dokumen di Pejabat Konsul
3.00 petang: Bertolak pulang
5.00 petang: Tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam
Harga Pakej Termasuk:
1) Pengangkutan
2) Penginapan 2 hari 1 malam
3) Makan tengah hari
4) Bayaran Majlis Agama Islam Songkhla
5) Bayaran imam jurunikah
6) Bayaran 2 orang saksi
7) Bayaran kepada Pejabat Konsul Jeneral Malaysia
8) Bayaran fotostat semua dokumen
9) Khidmat gambar dan video akad nikah
10) Nota panduan daftar nikah luar negara
Dokumen yang perlu di bawa :
1. Kad Pengenalan (I/C)
2. Passport Antarabangsa atau Pas Sempadan
3. Surat Cerai Asal (bagi janda sahaja)
4. Surat Akuan Memeluk Islam (bagi muallaf sahaja)
Thursday, 17 March 2016
SUMBER: http://nikah-siam.sukasamasuka.net/harga.html
Sila rujuk halaman di atas untuk maklumat lanjut.
Terima kasih http://nikah-siam.sukasamasuka.net
21/2/2016
PILIHAN PAKEJ NIKAH DI SONGKHLA
1. Nikah tanpa surat Konsulat
- Masa yang diperlukan: Satu hari.
- Dokumen yang diperolehi: Sijil nikah dan sijil pengesahan nikah dari Majlis Agama
- Penginapan: Tiada
- Harga Pakej: RM1,300
Pakej ini sesuai untuk:
- Warga Malaysia yang belum mencapai usia 18 tahun
- Warga Malaysia yang tak layak mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia
- Pernikahan warga Malaysia dengan warga asing yang memegang permit kerja
- Warga negara selain Malaysia yang tidak memerlukan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia
2. Nikah dengan surat Konsulat
- Masa yang diperlukan: Dua hari bekerja
- Dokumen yang diperolehi: Sijil nikah & sijil pengesahan nikah dari Majlis Agama; sijil pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla
- Penginapan: Satu bilik untuk satu malam
- Harga Pakej: RM1,500
Pakej ini sesuai untuk:
- Warga Malaysia yang telah mencapai usia 18 tahun
- Warga Malaysia yang bukan pegawai Polis atau tentera
- Pernikahan warga Malaysia dengan warga asing yang tidak memegang permit kerja
3. Nikah dengan surat Konsulat
- Masa yang diperlukan: Tiga hari, dimana hari kedua dan ketiga adalah hari bekerja
- Dokumen yang diperolehi: Sijil nikah & sijil pengesahan nikah dari Majlis Agama; sijil pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla
- Penginapan: Satu bilik untuk dua malam
- Harga Pakej: RM1,800
Pakej ini sesuai untuk:
- Warga Malaysia yang telah mencapai usia 18 tahun
- Warga Malaysia yang bukan pegawai Polis atau tentera
- Pernikahan warga Malaysia dengan warga asing yang tidak memegang permit kerja
PILIHAN PAKEJ CERAI
1. Suami mendaftar cerai
- Masa yang diperlukan: Dua hari bekerja
- Dokumen yang diperolehi: Sijil cerai & sijil pengesahan cerai dari Majlis Agama; sijil pengesahan cerai dari Konsulat Malaysia di Songkhla
- Penginapan: Satu bilik untuk satu malam
- Harga Pakej: RM1,500
Apa yang perlu dibawa:
- Surat nikah atau salinan surat nikah
- Pasport dan kad pengenalan suami
2. Isteri mendaftar cerai setelah diceraikan
- Masa yang diperlukan: Dua hari bekerja
- Dokumen yang diperolehi: Sijil cerai & sijil pengesahan cerai dari Majlis Agama; sijil pengesahan cerai dari Konsulat Malaysia di Songkhla
- Penginapan: Satu bilik untuk satu malam
- Harga Pakej: RM1,500
Apa yang perlu dibawa:
- Surat nikah atau salinan surat nikah
- Surat akuan cerai yang suami telah tandatangani di depan pesuruhjaya sumpah atau hakim mahkamah
- Pasport dan kad pengenalan isteri
3. Isteri memohon fasakh
Pakej ini untuk isteri yang memohon fasakh setelah didera oleh suami.- Masa yang diperlukan: Dua hari bekerja
- Dokumen yang diperolehi: Sijil cerai & sijil pengesahan cerai dari Majlis Agama; sijil pengesahan cerai dari Konsulat Malaysia di Songkhla
- Penginapan: Satu bilik untuk satu malam
- Harga Pakej: RM1,500
Apa yang perlu dibawa:
- Surat nikah atau salinan surat nikah
- Laporan Polis dan laporan perubatan
- Pasport dan kad pengenalan isteri
4. Isteri memohon cerai taklik
Pakej ini untuk isteri yang memohon cerai taklik setelah ditinggalkan oleh suami selama lebih dari 4 bulan berturut-turut.- Masa yang diperlukan: Tiga hari bekerja
- Dokumen yang diperolehi: Sijil cerai & sijil pengesahan cerai dari Majlis Agama; sijil pengesahan cerai dari Konsulat Malaysia di Songkhla
- Penginapan: Dua bilik untuk satu malam
- Harga Pakej: RM1,800
Perjalanan kali pertama: Bergerak dari Bukit Kayu Hitam sebelum pukul 1:00pm waktu Malaysia atau dari Hat Yai sebelum pukul 2:00pm waktu Thailand.
Perjalanan kali kedua: Bergerak dari Bukit Kayu Hitam sebelum pukul 7:00am waktu Malaysia atau dari Hat Yai sebelum pukul 8:00am waktu Thailand.
Apa yang perlu dibawa:
- Surat nikah atau salinan surat nikah
- Dua orang saksi yang bukan ibubapa atau anak kepada pemohon cerai
- Pasport dan kad pengenalan isteri
Tuesday, 1 March 2016
SUMBER: http://nikahthailandsongkhla.blogspot.my/
Maklumat yg diberikan jelas. Agen yang bertanggungjawab. sgt baik. banyak maklumat berguna utk semua.
Maklumat lanjut sila ke blog beliau: http://nikahthailandsongkhla.blogspot.my/
PERHATIAN!!!
Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab
dan bersubahat dalam pernikahan jika ada pasangan memberi maklumat
palsu yang bertentangan dengan hukum syarak nikah kahwin.
Sekiranya mereka berkahwin menggunakan sindiket di Thailand, Majlis Agama Islam Songkhla Thailand(MAIS)
tidak akan bertanggungjawab. Semua pasangan yang berkahwin di (MAIS),
rekod mereka akan disimpan sebagai rujukan yang sah. DAN UNTUK di
gunakan sebagai rujukan di Jabatan Agama Islam di Malaysia.(di jabatan
agama di tempat tinggal anda beserta kan SURAT KONSULAT MALAYSIA )
PERHATIAN!!!
Sekiranya mereka berkahwin menggunakan sindiket di Thailand, Majlis Agama Islam Songkhla Thailand(MAIS) tidak akan bertanggungjawab. Semua pasangan yang berkahwin di (MAIS), rekod mereka akan disimpan sebagai rujukan yang sah. DAN UNTUK di gunakan sebagai rujukan di Jabatan Agama Islam di Malaysia.(di jabatan agama di tempat tinggal anda beserta kan SURAT KONSULAT MALAYSIA )
HARGA PAKEJ NIKAH BARU
2016
Min RM 1,800++
(Mengikut pertukaran
matawang semasa Thailand-Malaysia)
SILA HUBUNGI
/SMS//WHATSAPP
untuk harga pakej kami
Puan Nurul 014-5454269
Kami Menyediakan Pakej perkahwinan 2hari 1malam
- Pengangkutan pada hari pertama dari bukit kayu hitam
- Penginapan di hotel yang bertaraf dan selesa
- Sarapan pagi dan makan tengahari
- Pengangkutan balik ke bukit kayu hitam @destinasi pasangan
Pakej Kami Untuk
Proses perkahwinan ini 2 hari 1 malam kami akan uruskan kesemuanya dan
telah termasuk dalam semua harga pakej yang kami tawarkan.
Thursday, 25 February 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)