Thursday, 6 October 2016

PENGESAHAN NIKAH VS PENDAFTARAN NIKAH THAILAND



Apa yang perlu dilakukan selepas selesai Nikah di Thailand?

Pernikahan anda sudah sah.

Terpulang kepada anda untuk berurusan dengan mahkamah Malaysia atau tidak.

Anda perlu tahu, mendapatkan Pengesahan nikah anda yg telah berlaku di Thailand dan Pendaftaran untuk pendaftaran nikah dengan Pejabat Agama Daerah anda adalah urusan yg berbeza.

Jangan KELIRU. Pendaftaran dan Pengesahan adalah dua urusan yang berbeza. Tak mesti anda lakukan keduanya. Anda boleh buat Pengesahan sahaja. Tapi untuk buat Pendaftaran, anda mesti buat Pengesahan dahulu. Boleh ke jika hanya mahu Pengesahan sahaja dahulu? Ya, boleh.

PENGESAHAN NIKAH anda mohon di Mahkamah Syariah.
Mahkamah yg mana? Mahkamah Syariah berhampiran anda. Jika nikah Thailand anda bujang, berurusan di Mahkamah Rendah Syariah. Jika anda berpoligami, berurusan di Mahkamah Tinggi Syariah. 

Adakah anda akan didenda dlm urusan Pengesahan ini? TIDAK. Anda tidak akan didenda apa2. Cuma perlu buat bayaran proses mahkamah..bayaran affidavit..bayaran surat sokongan Jabatan Agama..bayaran eksibit.

Diakhir Pengesahan Nikah, anda akan diberi Penghakiman oleh mahkamah. Penghakiman tu dinyatakan dalam dokumen bernama MS28. Penghakiman tu adalah dokumen sah yang diiktiraf digunapakai di mana2pun, yang mengesahkan Pernikahan anda dari sudut undan-undang syariah Malaysia.

PENDAFTARAN NIKAH anda mohon di Pejabat Agama Daerah.
Setelah anda dapat pengesahan nikah dari Mahkamah Syariah, baru lah anda pergi ke Pejabat Agama untuk Pendaftaran. Adakah anda akan didenda dlm urusan Pendaftaran ini? Ya. Anda akan didenda. 

Pertuduhan akan dikenakan kepada anda. Munkin lebih dari satu pertuduhan. Setiap pertuduhan ada denda tersendiri. Selepas bayar denda baru lah nikah tersebut didaftarkan di Pejabat Agama Daerah.

**terdapat juga kes Nikah thailand bujang, boleh terus ke Pejabat Agama. Tidak melalui Mahkamah, tidak didenda pun. Setiap negeri tak sama prosedur. Mungkin setiap daerah pun tak sama.

Apa yang perlu dilakukan selepas selesai Nikah di Thailand? Sebaiknya anda ke Mahkamah untuk Pengesahan. Jangan risau, anda tidak akan didenda untuk urusan Pengesahan ini.


Saya akan perincikan lagi dalam posting yang akan datang. Insya-Allah.

7/10/2016