Monday, 7 November 2016
Apakah Kos-kos yang terlibat bagi permohonan pengesahan nikah di lakukan?
diambil dari penulisan group lain. bermanfaat.
tkasih kepada yang menulis ini.
Pernikahan Luar negara atau Kahwin lari ke luar negara bukanlah satu isu baru di Malaysia, terdapat ramai diantara warga negara ini yang telah melakukan pernikahan di negara-negara luar khususnya yang paling terkenal adalah Negara Thailand dan Indonesia. Kebanyakkan perkahwinan ini adalah rentetan daripada halangan-halangan yang berlaku kepada pasangan ini, kebiasaannya terdapat bantahan untuk berkahwin daripada keluarga pasangan samaada lelaki atau perempuan, selain itu terdapat juga kes-kes yang melibatkan pasangan yang mahu berpoligami tetapi tidak mendapat kebenaran daripada isteri yang pertama. disini kami ingin membongkar isu-isu yang yang timbul berikutan permasalahan setelah perkahwinan luar negara berlaku. Sebelum kita pergi lebih lanjut dalam mengupas isu ini mari kita memahami terdapat dua Kesalahan yang sering dilakukan iaitu.
1. Perkahwinan Luar Negara yang tidak mendapat kebenaran Pendaftar Nikah.
2. Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah.
Rujukan daripada: Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005
Perkara : Perkahwinan yang tidak boleh di daftarkan.
12. (1) Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan enakmen ini tidak boleh di daftarkan di bawah enakmen ini.
(2) Walau apapun Subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan Subseksyen 40(2), Sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syarak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah dari mahkamah.
Kebiasaannya Pesalah yang melakukan perlanggaran peraturan perkahwinan ini tidak sedar akan kesan daripada tindakan yang diambil. Kerana terlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu semata-mata tanpa memikirkan implikasi yang buruk akan timbul belakang hari. Diantara kesan jangka panjang yang akan timbul adalah akan menyukarkan untuk mendapat Sijil Kelahiran anak-anak. Disini, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memastikan status perkahwinan yang sah (undang-undang setelah tahun 2006).
Kesan-kesan langsung daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan ini, kita dapati jika berlaku kematian suami, pembahagian Harta Pusaka(Faraid) si suami, Harta Sepencarian, Pencen, KWSP dan sebagainya tidak layak diwarisi oleh Isteri yang tidak didaftarkan dan Anak-anak mereka. Ini adalah kerana Status perkahwinan ( Isteri dan Anak bagi Si mati ) masih diragui. Kesan tak langsung hubungan kekeluargaan akan menjadi semakin renggang dan kacau bilau.
Apa Yang Harus Dilakukan Jika Telah Melakukan Perkahwinan Luar Negara yang tidak mendapat kebenaran Pendaftar Nikah?
* Pihak-pihak yang terlibat (Suami dan Isteri) harus membuat Permohonan Pengesahan Perkahwinan di mana-mana Mahkamah Tinggi Syariah, Samaada melalui Peguam atau diri sendiri.
* Pihak Mahkamah akan menghantar Laporan Perintah Pengesahan Nikah ke Unit Pendakwaan Negeri untuk mendakwa pihak-pihak bagi kesalahan yang di lakukan.
* Pihak-pihak akan diberikan tarikh untuk sebutan dan perbicaaraan.
* Semasa Prosiding perbicaraan berlangsung pihak-pihak (Suami, Isteri, Bakal Isteri, Wali) wajib hadir.
* pihak-pihak harus membuat pengakuan yang mana ada berlangsungnya perkahwinan seperti di dalam Permohonan
* Setelah Hakim Syarie meneliti pengakuan serta dokumen dan berpuashati barulah Hakim Syarie meluluskan dan memerintahkan pihak-pihak untuk mendaftar pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.
* Perintah akan disediakan oleh mahkamah jika pihak-pihak tidak melantik peguam.
* Perintah akan disediakan oleh peguam jika pihak-pihak menggunakan khidmat peguam syarie.
* Setelah perintah diluluskan dan di meterai oleh mahkamah barulah pihak-pihak boleh membuat pendaftaran di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan menggunakan perintah yang di keluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.
* Adalah digalakkan pihak-pihak melantik atau menggunakan khidmat peguam syarie bagi memudahkan proses permohonan pengesahan nikah.
Masalah-masalah yang sering timbul Semasa membuat permohonan pengesahan nikah luar negera
* Tidak mendapatkan kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat seperti ketidak hadiran Isteri atau Wali.
* Pihak-pihak tidak dapat di kesan ( wali meninggal dunia, wali tidak dapat di kesan).
* Dokumen tidak lengkap.
* Lambat membuat permohonan pengesahan nikah, berkahwinan menjangkau 5 tahun baru membuat permohonan.
* Masalah jika berlakunya penceraian atau pihak-pihak mahu berkahwin lain.
* Dokumen Perkahwinan yang tidak sah.
Apakah Kos-kos yang terlibat bagi permohonan pengesahan nikah di lakukan?
kos-kos yang terlibat dalam menyelesaikan permohonan pengesahan nikah luar negara ini adalah meliputi urusan guaman dan urusan mahkamah bagi urusan guaman.
1. Bagi permohonan yang tidak menggunakan khidmat Peguam Syarie.
* Permohonan : RM 40.00
* Afidavit : RM 3.00
* Perintah : RM 20.00
* Saman : RM 30.00
* Dokumen : RM 1.00 setiap satu salinan
2. Bagi permohonan yang menggunakan khidmat Peguam Syarie.
* Kos Guaman ( Bergantung kepada budi bicara Peguam Syarie)
* Wakalah : RM 10.00
* Permohonan : RM 40.00
* Afidavit : RM 3.00
* Perintah : RM 50.00
* Saman : RM 30.00
* Dokumen : RM 1.00 setiap satu salinan
Adakah Kes ini boleh dikendalikan oleh Biro Bantuan Guaman?
Tidak. kes ini tidak akan diambil oleh Biro Bantuan Guaman kerana ia luar bidang kuasa Biro Bantuan Guaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)