Tuesday, 21 February 2017

Kebenaran Mahkamah Untuk Poligami? Mengarut

Kebenaran Mahkamah Untuk Poligami? Mengarut

Saya ingin beritahu bahawa mendapat kebenaran mahkamah untuk poligami adalah “mengarut”. Itu pendapat peribadi.

Korang rasa korang boleh dapat kebenaran ke? Saya rasa tidak dan korang akan menyesal tindakan sebegitu.

Saya tahu beberapa kes lelaki yang nak poligami dan mohon ke mahkamah. Semuanya ditolak.
Seorang penjawat awam bergaji RM6,500- Ditolak. Dah gaji begitu pun masih ditolak. Naik turun mahkamah lebih 2 tahun dan akhir nya tidk mendapat kebenaran berpoligami pun. Naya. Kawan atas kawan ni.

Pekerja TNB mohon poligami juga. Juruteknik gaji dalam 4+++ . ditolak juga. Orang kuantan

Ada sorng lagi fakta kes terang2 seorng penjawat awam negeri kerja di pusat sumber negeri kerja gaji RM7,000 ribu lebih. Permohonan dia pun ditolak. Orang Gombak. Akhirnya tak sudah dgn kawin kat siam jugak.

Kalau orang bekerja tetap pun ditolak, korang masih nak mohon ke?
Kalau orang gaji 7 ribu pun ditolak, korang masih nak mohon ke?

Ramai Dato’ orang berpangkat pun kawin di siam. Artis pun kahwin di siam. Orang kaya pun kawin di siam/indon. Hakim mahkamah pun kawin di siam pun ada kat akhbar.
Bukannya dorang takde duit. Bukan nya tak mampu bayar peguam.

FIKIRLAH BAIK2 SEBELUM MOHON KEBENARAN MAHKAMAH UNTUK BERPOLIGAMI.
ADA BAIK BURUKNYA. PADA PENDAPAT SAYA YANG BURUK LAGI BANYAK DAN ANDA AKAN MENYESAL.

 22/2/2017


*Pendapat peribadi sahaja dan bukan menghina mana2 pihak.