SUMBER: http://www.nikahsiam-kahwinthailand.com/2014/03/soal-jawab-nikah-siam.html
Terima kasih Alfaiz Consultancy
Sabtu, 1 Ogos 2015
Soal Jawab Nikah Siam
Q & A Nikah Siam
Soalan: Sekiranya kami bercadang untuk nikah di Thailand/ Siam, apa persiapan yang kami perlu buat?
Jawapan:
Sekiranya pasangan bercadang untuk bernikah di Thailand, sila maklumkan
pada pihak kami tarikh untuk nikah sekurang-kurangnya satu hari lebih
awal. Sediakan passport antarabangsa terlebih dahulu untuk memasuki
negara Thailand/ Siam. Pihak kami akan sediakan pengangkutan serta
penginapan mengikut pakej yang telah dipilih oleh pasangan.
Soalan: Bagaimana proses pernikahan akan dijalankan?
Jawapan: Pasangan akan dibawa dari pejabat kami (Pendang) atau dari stesyen bas Alor Setar menuju ke Majlis Agama Islam Songkhla. Urusan akad nikah adalah dalam Bahasa Melayu dan lafaz akad nikah juga adalah seperti majlis akad nikah di Malaysia. Selesai urusan nikah, pasangan akan terus dibawa ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, kemudian bermalam di Hatyai atau Songkhla. Keesokan harinya kami akan menjemput pasangan dari hotel dan terus ke Pejabat Konsulat Malaysia untuk mengambil surat pengesahan. Setelah selesai semua urusan, pasangan akan pulang semula ke Malaysia bersama kami. (Bagi pasangan yang memilih untuk menaiki bas, boleh terus ke Stesyen Bas Alor Setar, manakala bagi yang memilih untuk memandu kereta sendiri, pasangan boleh terus ke Pejabat kami di Lot 72, Jalan Tanjung Radin, 06700 Pendang, Kedah (Exit Tol Pendang).
Soalan: Berapakah harga untuk pakej pernikahan di Thailand/ Siam?

Untuk pakej pernikahan di Thailand, kami kenakan bayaran sebanyak RM
1,700. Bayaran ini adalah termasuk kos pengangkutan & penginapan,
bayaran di Majlis Agama Islam Thailand, bayaran di Pejabat Konsulat,
fotostat dokumen serta makan tengah hari untuk pasangan. Termasuk
bayaran untuk kos pengurusan Rm300.
Soalan: Sekiranya kami memilih untuk pakej nikah balik hari pula, berapa bayarannya?
Jawapan: Untuk pakej nikah balik hari yang sama kami kenakan bayaran sebanyak RM 1,300 termasuk bayaran kos pengurusan Rm300. Tiada sebarang bayaran tambahan.
Soalan: Bolehkah kami dapatkan sijil nikah & surat pengesahan konsulat dalam masa satu hari?
Soalan: Bolehkah kami dapatkan sijil nikah & surat pengesahan konsulat dalam masa satu hari?
Jawapan:
Tidak boleh. Urusan nikah boleh selesai dalam masa satu hari sahaja.
Namun, Pejabat Konsulat meletakkan syarat bahawa setiap surat pengesahan
nikah hanya akan dikeluarkan dalam masa dua hari bekerja. Sekiranya
borang permohonan dihantar pada hari Isnin, surat pengesahan tersebut
boleh diambil pada hari Selasa keesokan harinya. Sekiranya borang
permohonan dihantar pada hari Jumaat, maka pasangan perlu menunggu
sehingga hari Isnin untuk mendapatkan surat pengesahan konsulat
tersebut.
Soalan: Bolehkah kami bernikah pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum?
Jawapan:
Boleh. Majlis Agama Islam Songkhla beroperasi setiap hari kecuali hari
Jumaat sahaja. Pasangan boleh memilih untuk pakej nikah balik hari yang
sama. Selepas selesai urusan nikah, pasangan boleh terus pulang ke
Malaysia. Semua dokumen nikah yang asal boleh di bawa pulang bersama.
Soalan: Bolehkah kami bernikah di Thailand/ Siam dan kami tidak mahu mendaftarkan pernikahan kami di Malaysia?
Jawapan:
Boleh. Namun, pasangan dinasihatkan untuk mendaftar di Malaysia untuk
jaminan masa hadapan suami isteri serta anak-anak (pembahagian nafkah,
harta pusaka dan sebagainya). Pendaftaran nikah luar negara boleh di
buat pada bila-bila masa sahaja.
Soalan: Bagaimana prosedur pendaftaran nikah di Malaysia? Adakah kami perlu bayar denda?
Jawapan:
Untuk proses pendaftaran nikah di Malaysia, pasangan perlu hadir ke
Mahkamah Rendah Syariah (bagi kes pernikahan pertama) atau ke Mahkamah
Tinggi Syariah (bagi kes poligami) untuk urusan pengesahan nikah luar
negara. Setelah selesai urusan perbicaraan, mahkamah akan mengeluarkan
surat perintah untuk tujuan pendaftaran. Sila bawa perintah mahkamah
tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tujuan pendaftaran. Bawa
bersama semua dokumen yang asal. Sementara denda pula bergantung kepada
pihak pendakwaan. Sekiranya pendakwaan dibuat, pasangan perlu membayar
denda. Sekiranya tidak ada sebarang pendakwaan dibuat, pasangan tidak
akan dikenakan sebarang denda. Semua ini bergantung kepada pihak
pendakwaan.
Soalan: Adakah kemungkinan pernikahan di Thailand/ Siam tidak sah?
Jawapan:
Kemungkinan besar pernikahan adalah tidak sah sekiranya pasangan
tersebut dinikahkan oleh Imam Jurunikah yang tidak mendapat
pengiktirafan dari kerajaan Malaysia ataupun pernikahan tersebut
dilangsungkan di luar Majlis Agama Islam Thailand yang diikttiraf
(Songkhla, Satun, Pattani, Yala & Narathiwat sahaja). Pasangan perlu
memastikan bahawa Imam Jurunikah tersebut mendapat pengiktirafan dari
kerajaan Malaysia (senarai Imam Jurunikah tersebut boleh didapati di
Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri serta Mahkamah Syariah seluruh
Malaysia).
Jawapan: Menurut fatwa ulamak, tidak ada tegahan untuk mengulangi aqad yang telah
sah sama ada untuk tujuan pengisytiharan, memenuhi prosedur rasmi atau
sebagainya. Para fuqahak dalam kitab-kitab Fiqh, dalam bab mahar (mas kahwin);
mereka membahaskan mahar yang mana yang akan dipakai jika ada dua mahar berbeza
yang disebut; satu dalam aqad yang dibuat secara tertutup dan satu dalam dalam
aqad secara terbuka. Sebagai contohnya, pandangan dalam mazhab Syafi’ie; jika
kali pertama ‘aqad dijalankan secara tertutup dengan menyebut mahar RM1000 dan
kemudian diulangi aqad secara terbuka (untuk pengisytiharan) dengan menyebut
mahar RM2000, mahar yang dipakai ialah yang disebut dalam aqad pertama iaitu
RM1000”. (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, 4/161). Para fuqahak dalam
perbahasan tersebut tidak mempersoalkan tentang pengulangan aqad, tetapi
mempersoalkan tentang mahar mana yang hendak dipakai. Ini memberi maksud bahawa
mereka mensepakati bahawa pengulangan aqad tidak dilarang atau ditegah oleh
Syarak.
Soalan: Sekiranya kami pulang ke Malaysia hanya dengan sijil nikah dari Siam / Thailand, adakah kami boleh ditangkap khalwat?
Jawapan: Pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah tidak boleh disabitkan atas kesalahan khalwat. Berdasarkan pengalaman saya semasa berkhidmat di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kes khalwat hanya boleh disabitkan sekiranya mana-mana pasangan yang berdua-duaan tanpa apa-apa dokumen nikah yang sah. Bagi pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah dari dalam negara (Malaysia) atau luar negara (Thailand, Indonesia & sebagainya) tidak boleh sama sekali disabitkan atas kesalahan khalwat.
Soalan: Adakah akad
nikah boleh dilakukan dua kali dengan pasangan yang sama. Contohnya begini; Saya
dan pasangan telah bernikah di luar negara dan perkara ini tidak diketahui oleh
keluarga kami. Jadi, kami telah bernikah sekali lagi di tanah air agar rahsia
kami tidak diketahui oleh keluarga kami. Adakah kami boleh melakukan akad nikah
dua kali?
Soalan: Sekiranya kami pulang ke Malaysia hanya dengan sijil nikah dari Siam / Thailand, adakah kami boleh ditangkap khalwat?
Jawapan: Pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah tidak boleh disabitkan atas kesalahan khalwat. Berdasarkan pengalaman saya semasa berkhidmat di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kes khalwat hanya boleh disabitkan sekiranya mana-mana pasangan yang berdua-duaan tanpa apa-apa dokumen nikah yang sah. Bagi pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah dari dalam negara (Malaysia) atau luar negara (Thailand, Indonesia & sebagainya) tidak boleh sama sekali disabitkan atas kesalahan khalwat.
Sebarang
kemusykilan lain boleh dikemukan melalui panggilan telefon atau khidmat
pesanan ringkas di talian +6 013-3352275 (Haji Faiz / Puan Rozaima)
***Semoga Usaha Kita Ke Arah Ketaqwaan Diterima Oleh Allah Subhanahu Wa Taala***
No comments:
Post a Comment