Tuesday, 24 January 2017

Tips Dan Prosedur Berkahwin Dengan Wanita Warga Asing Berdasarkan Pengalaman Sendiri



sumber: http://hatimku.blogspot.my/2012/12/tips-dan-prosedur-berkahwin-dengan.html
ni maklumat lama. 2012. prosedur skrg tentu dah ubah skit2.
boleh baca ni sbg panduan juga.



Tips Dan Prosedur Berkahwin Dengan Wanita Warga Asing Berdasarkan Pengalaman Sendiri



Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan undang-undang, ia harus dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Post ini yang juga merupakan post pertama bagi blog ini akan mengupas secara terperinci mengenai tips serta prosedur untuk mengahwini wanita pilihan hati yang bukan warganegara Malaysia. Segala yang ditulis di page ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri mengahwini wanita warga Indonesia pada Disember 2007. Perkahwinan kami dijalankan di Indonesia.



Sebelum bernikah
  1. Seperti biasa, pasangan yang akan bernikah diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan. Bagi kes saya, saya mengambil kursus perkahwinan di Malaysia dan isteri saya mengambil kursus di Indonesia seperti juga diwajibkan oleh undang-undang disana.
  2. Setelah itu, pihak lelaki harus ke pejabat agama negeri masing-masing untuk mendapatkan kebenaran bernikah di luar negara. Bayaran RM 4 akan dikenakan bagi tujuan ini. Kegagalan mendapatkan kebenaran sebelum bernikah di luar negara akan menyebabkan pasangan didenda RM3000 apabila ingin mendaftar. Jadi jangan lupa ok. Surat kebenaran akan dikeluarkan setelah permohonan diluluskan. Permohonan akan mengambil masa dalam 2 minggu.
  3. Setelah itu, pasangan tersebut bolehlah bernikah di luar negara. Jangan lupa mengambil foto ketika majlis pernikahan dan kenduri, anda akan memerlukannya nanti.
Selepas bernikah
  1. Sebelum berlepas pulang ke Malaysia bersama pasangan anda, pastikan anda mendapat sijil perkahwinan dari negara anda bernikah terlebih dahulu.
  2. Kemudian anda bolehlan membawa pulang isteri anda ke Malaysia. Isteri pada mulanya akan masuk ke Malaysia dengan visa pas lawatan sosial. Visa boleh diambil setelah tiba di Malaysia bergantung kepada negara asal. Visa ini akan berlaku selama 30 hari sahaja.
  3. Setelah berada di Malaysia, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendaftarkan perkahwinan anda di pejabat agama tempat anda mendapatkan kebenaran dahulu. Sijil pernikahan Malaysia akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu.

Lawatan Pertama ke Imigresen
  1. Setelah mendapatkan sijil nikah, sebelum tempoh 30 hari social visit berakhir, pasangan perlu membuka fail di pejabat imigresen di negeri tempat tinggal berdasarkan alamat pada IC. Jika anda tinggal di Selangor dan ingin membuka fail di Shah Alam, pastikan IC anda menunjukkan alamat anda di Selangor, jika tidak anda boleh tukar alamat di pejabat pendaftaran.
  2. Untuk membuka fail, pastikan anda membawa sijil nikah kedua-dua negara, foto perkahwinan, surat kebenaran nikah di luar negara, salinan passport dan passport asal.
  3. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 500 untuk membuka fail. Selain itu, bayaran security bond juga akan dikenakan, bayaran ini berbeza bergantung kepada negara asal. Untuk senarai harga security bond, lihat sini. Security bond akan dipulangkan setelah mendapat penduduk tetap ataupun pasangan bercerai dan bekas isteri tidak lagi tinggal di Malaysia.
  4. Bayaran lain ialah untuk menyambung pas social visit selama 3 bulan pertama sebanya RM 50
  5. Jumlah barayan untuk lawatan pertama ke imigresen ini ialah
    • RM 500 (buka fail) + RM 500 (security bond) + RM 65 (lanjutan pas lawatan 3 bulan)
    • total semua RM 1065. Jika negara selain Indonesia, harga akan berbeza.

Lawatan kedua dan seterusnya sehingga fail dibuka
  1. Setelah 3 bulan, visa pas lawatan sosial akan tamat tempoh dan anda perlu membawa isteri anda ke pejabat imigresen lagi melanjutkannya.
  2. Bagi membuka fail, ia akan mengambil masa beberapa bulan dan selagi fail belum dibuka anda akan perlu ke pejabat imigresen untuk memperbaharui pas lawatan setiap 3 bulan.
  3. Bayaran yang dikenakan untuk lawatan kali ini ialah RM 150
  4. Penulis perlu memperbaharui pas lawatan sebanyak 2 kali sebelum fail dibuka
Lawatan selepas fail dibuka (enam bulan pertama)
  1. Setelah fail dibuka, anda akan mendapat visa single entry untuk isteri kepada warganegara dan tempoh visa selama setahun.
  2. Dalam tempoh visa ini (6 bulan), isteri anda hanya dibenarkan keluar dan masuk Malaysia selama sekali sahaja. Jika lebih, anda perlu membuka semula fail dan melalui semua proses diatas semula.
  3. Bayaran untuk kali ini ialah RM 105.
Lawatan selepas fail dibuka (tahun pertama)
  1. Setelah tamat 6 bulan pertama, anda akan memperbaharui visa untuk tahun pertama. Visa isteri anda kali ini juga single entry dan berlaku selama setahun.
  2. Bayaran kali ini juga RM105.
Lawatan selepas fail dibuka (tahun kedua dan seterusnya)
  1. Setelah tamat tahun pertama, anda akan memperbaharui visa untuk tahun kedua dan seterusnya. Visa isteri anda kali ini ialah multiple entry bermakna isteri anda boleh keluar masuk ke Malaysia tanpa limit. 
  2. Ia boleh diperbaruhi untuk setahun RM105 atau 2 tahun RM210.
  3. Pastikan passport isteri anda masih hidup pada tarikh tamat visa. Jika tidak, anda boleh renew passport isteri anda terlebih dahulu di pejabat kedutaan atau konsulat negara isteri anda.
Setakat ini saja pengalaman penulis untuk berkongsi bersama. Selepas ini saya akan cuba mendapatkan taraf penduduk tetap bagi isteri saya dan semestinya saya akan update entry ini mengenai prosedurnya sebagai rujukan. Perlu diingat, prosedur ini mungkin berubah. Jika terdapat soalan atau cadangan silakan dicatat di ruangan komen dibawah.
Terima kasih.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya kiki , prosedur perkahwinan perempuan warganegara malaysia tetapi lelaki warganegara indonesia, adakah sama seperti encik? terima kasih

    ReplyDelete